3B Mei 11, 2007
Seorang pemuda bernama Nazz datang berjumpa seorang Ustaz Hexzone untuk meminta nasihat..
Nazz : “Ustaz Hexzone.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?
Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih…”Ustaz Hexzone: “Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?”
Nazz : “Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,
penyayang dan menyintai saya sepenuh hati…”Ustaz Hexzone: “Ohhh … kalau begitu kamu harus melaksanakan petua ’3B. ‘B’ yang
pertama adalah ‘BERUSAHA’… apakah kamu sudah banyak berusaha?”Nazz : “Susah terlalu banyak Ustaz Hexzone… sudah merata tempat saya pergi
untuk mendapat seorang gadis..”Ustaz Hexzone: “Kalau begitu kamu kena laksanakan ‘B’ yang kedua, iaitu ‘BERDOA’
dan juga ‘BERPUASA’Nazz : “Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang… saya
juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis …..”Ustaz Hexzone : “Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan “B” yg ketiga.”
Nazz : “Apa itu Ustaz Hexzone! ?”
Ustaz Hexzone : “BERCERMIN!”
By : Hexzone
![]()
Kisah Seorang Doktor dan Pesakit Beliau Mei 11, 2007
Seorang doktor bernama [[[sky]]] di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.
Setelah puas mencari….barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya iaitu biskot yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.
Tapi yang hairannya, [[[sky]]] melihat biskot menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula……biskot terus menyanyi lalu [[[sky]]] terus bertanya, “Kenapa awak tadi terlentang….tapi sekarang meniarap pula?!”
Lalu biskot itu menjawab, “Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak.”
huahahahahahahaha
![]()
By : Hexzone









Komen Terbaru